// you’re reading...

“Scratch & Win” Prizes Worth Up To RM1.5 Million By F&N

f&n scratch contest

Since everyone is still in ‘Raya’ mood, hopefully this F&N Scratch & Win contest will bring even more joy to you.

Thousand apologies as I’m unable to find the original T&C for this contest in english language. Well, since this contest is for Malaysian, I think Bahasa Malaysia would not be too hard for some of you to learn more about this contest. Below is the terms & conditions for this contest.

Syarat & Peraturan
1. Promosi ini hanya sah di Malaysia, dari 1/09/07 hingga 30/11/07.

2. Promosi ini dibuka kepada semua warga Malaysia kecuali kakitangan F&N Dairies (M) Sdn Bhd dan ahli keluarga terdekat mereka, rakan niaga, syarikat bersekutu, agensi promosi, perhubungan awam dan pengiklanan serta pihak lain yang turut
terlibat dalam promosi ini.

3. Setiap pek promosi Susu Sejat F&N telah disertakan dengan sekeping kad gores.
4. Hanya Kad Gores Sempurnakan Ramadan, Serikan Lebaran F&N yang asli dan mempunyai kod keselamatan sah sahaja akan diterima. Tuntutan tidak akan dilayan jika Kad Gores Sempurnakan Ramadan, Serikan Lebaran F&N telah dipinda,
diubahsuai atau dirosakkan.
5. Semua hadiah mesti dituntut tidak lewat dari 30 November 2007 dan semua tuntutan selepas tarikh ini tidak akan dilayan.
6. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar untuk wang tunai. Sekiranya harga pembelian kurang daripada nilai baucar, baki tidak akan dipulangkan.
7. Hadiah-hadiah:
a) Baucar Beli-Belah bernilai RM1,000
b) Kamera Digital Casio Exilim
c) Pengadun Philips HR1456
d) Baucar Tunai Pizza Hut RM5
e) Baucar Tunai KFC RM5
f) Lebih 400,000 baucar diskaun KFC/Pizza Hut lain seperti yang tertera pada kad gores
Penebusan:
8. a) Untuk hadiah a-c, sila hubungi 03-5635 1391 (Isnin – Jumaat, 10pg – 5ptg,
kecuali cuti am)
Syarat & Peraturan Khusus untuk semua Baucar Beli-Belah

i. Terdapat empat (4) baucar beli-belah dari Carrefour, Jusco, Tesco & Giant untuk pilihan pemenang

ii. Baucar boleh digunakan di semua cawangan di Malaysia

iii. Baucar boleh digunakan untuk semua pembelian termasuk barangan jualan/promosiiv. Belian minimum tidak diwajibkan. Lebih dari satu baucar boleh digunakan untuk satu transaksi

v. Setiap baucar sah digunakan sekali sahaja.

vi. Baki tidak akan dikembalikan jika amaun belian adalah kurang dari amaun baucar. Contohnya, jika belian berharga RM49.90, dan nilai baucar adalah RM50.00, baki 10 sen tidak akan dikembalikan.

vii. Baucar tidak boleh diperbaharui atau ditukar untuk wang tunai.

viii. Baucar boleh dipindah milik

ix. Baucar yang hilang atau rosak tidak akan dilayani

Syarat & Peraturan Khusus untuk setiap pasaraya

Carrefour
Belian dari Carrefour menggunakan Baucar Tunai Carrefour dan dikembalikan oleh pelanggan akan dipulangkan nilainya dalam bentuk Baucar Tunai Carrefour.

Baucar sah selama 6 bulan dari tarikh ia dikeluarkan.
Jusco
Tiada tarikh luput
Baucar juga sah digunakan di medan selera Jusco

Tesco
Baucar sah selama 12 bulan dari tarikh ia dikeluarkan

Giant
Baucar sah selama 6 bulan dari tarikh ia dikeluarkan

b) Untuk hadiah d-f, sila tebus di restoran-restoran terbabit

i. Baucar tunai KFC/Pizza Hut boleh digunakan untuk bawa balik dan makan di restoran.

ii. Baucar diskaun KFC – sah untuk makan di restoran atau bawa balik dan boleh digunakan di semua restoran kecuali Genting, Langkawi, Cameron & KFC di lapangan terbang

iii. Semua belian KFC tertakluk kepada 5% cukai kerajaan

iv. Baucar diskaun Pizza Hut – sah untuk makan di restoran sahaja dan boleh digunakan di semua restoran kecuali KLCC dan Genting Highlands.

v. Semua belian Pizza Hut tertakluk kepada 5% cukai kerajaan dan 10% caj perkhidmatan

vi. Baucar diskaun KFC dan Pizza Hut sah untuk satu penebusan sahaja

vii. Baucar diskaun KFC dan Pizza Hut tidak boleh ditukar untuk wang tunai

viii. Tidak sah dengan lain-lain tawaran, diskaun dan kupon promosi.
9. F&N Dairies (M) Sdn Bhd berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, tanpa notis terlebih dahulu.

10. F&N Dairies (M) Sdn Bhd berhak menamatkan promosi ini pada bila-bila masa sepanjang tempoh promosi.

11. Semua Kad Gores Sempurnakan Ramadan, Serikan Lebaran F&N yang diserahkan untuk penebusan adalah hak milik F&N Dairies (M) Sdn Bhd.

12. F&N Dairies (M) Sdn Bhd berhak menggunakan nama, alamat, butir-butir dan/atau dokumen pemenang untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain dari semasa ke semasa. Pemenang mungkin diwajibkan menghadiri program publisiti.

13. F&N Dairies (M) Sdn Bhd; dan semua rakan kongsi perniagaan, pihak lain yang berkaitan dengan promosi ini, pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara berhubung dengan yang berikut:

a) apa jua perbelanjaan tambahan kerana menyertai promosi;
b) apa jua bentuk kegagalan teknikal;
c) campur tangan pihak yang tidak sah sepanjang promosi;
d) kesilapan elektronik atau insan dalam pentadbiran promosi dan pemprosesan penyertaan;
e) mana-mana penyertaan yang hilang, dicuri atau rosak atau tersalah hantar atau tidak diterima.
14. Semua pemenang bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam peraduan ini atau penebusan hadiah. Dengan menerima atau menuntut mana-mana hadiah, pemenang bersetuju akan mengecualikan F&N Dairies (M) Sdn Bhd, semua rakan niaga, dan pihak lain yang terbabit dalam promosi ini, termasuk pengarah, pegawai, kakitangan dan ejennya dari sebarang tuntutan, pendakwaan, penilaian, kerosakan, kehilangan atau liabiliti yang berkaitan akibat daripada penyertaannya di dalam promosi ini, atau penerimaan atau penebusan
atau penggunaan mana-mana hadiah.

15. Dengan menyertai promosi ini, peserta bersetuju akan mematuhi dan terikat dengan syarat & peraturan peraduan. Keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur dan penaja adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayani.

16. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi 03-5635 1391 (Isnin-Jumaat, 10pg- 5ptg, kecuali cuti am)

*Official Contest Page: Click Here

Discussion

No comments for ““Scratch & Win” Prizes Worth Up To RM1.5 Million By F&N”

Post a comment

Free Daily Contest Report

      


eMenang+Commy Toolbar

Our contest also come in toolbar flavour. Learn more about this free toolbar powered by ComMy.

emenang toolbar

Search Previous Articles

Contest/Slogan Tools