Jump to content

Welcome to our forums!

Sign In or Register to gain full access to our forums. By registering with us, you'll be able to check out the latest prizes & competition, discuss, share and private message with other members of our community.

Photo
- - - - -

[Purchase + Photo] Peraduan Gugu Gaga Minyak Bebe Anugerah 2017


  • Please log in to reply
No replies to this topic

#1 Contest

Contest

    Expert Comper

  • Exclusive Member
  • PipPipPipPipPipPip
  • 1,751 posts

Posted 28 February 2017 - 11:29 AM

gugugaga.png
 
mba.jpg
 
 

KUALA LUMPUR, 27 FEB 2017 : Anak merupakan anugerah yang terindah. Indahnya mendapat cahaya mata yang comel dan sihat, dan setiap detik bersama mereka amat bermakna. Kerenah, gelak tawa dan tangis mereka memang menghiburkan! Melihat mereka sentiasa dalam keadaan selesa adalah segala-galanya bagi ibu bapa.

Siapa yang tidak kenal akan Minyak Bebe Anugerah? Minyak pati herba khusus untuk bayi, keluaran Anugerah International Sdn. Bhd, produk yang memanfaatkan hasil kebaikan herba dan sains sebagai ikhtiar sampingan untuk kesihatan, kecantikan dan kecerdikan minda. Minyak Bebe Anugerah seakan telah menjadi fenomena di kalangan ibu bapa di Malaysia untuk membantu si kecil sentiasa di dalam keadaan selesa.

Sebagai menghargai sokongan dan sambutan pengguna Minyak Bebe Anugerah, buat julung-julung kalinya Anugerah akan mengadakan pertandingan bayi comel Gugu Gaga Bebe Anugerah 2017. Jika bayi comel anda adalah pengguna tegar Minyak Bebe Anugerah, inilah masa yang ditunggu-tunggu! Pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan di dalam peraduan ini.

 

Hadiah yang menjadi rebutan ramai sudah semestinya hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM10,000! Bukan itu sahaja, selain wang tunai RM10,000 tersebut, pemenang hadiah utama juga akan berpeluang tampil secara eksklusif pada label produk Minyak Bebe Anugerah dan iklan komersial Minyak Bebe Anugerah.

 

Satu peluang yang tidak mungkin dilepaskan! Hadiah bagi tempat kedua dan ketiga juga bukan calang-calang hadiah. Wang tunai sebanyak RM5,000 ditawarkan untuk pemenang tempat kedua manakala wang tunai RM2,000 untuk pemenang tempat ketiga.

Menurut Pengarah Eksekutif Anugerah International Sdn. Bhd, Zetty Ismail, “Peraduan Gugu Gaga Bebe Anugerah ini diadakan khusus untuk menghargai pelanggan Minyak Bebe Anugerah yang selama ini telah menyokong kami dan memandangkan Minyak Bebe Anugerah ini sentiasa mendapat sambutan hangat dari ibu bapa. Jadi tidak salah jika selain berkongsi manfaat Bebe Anugerah, mereka berpeluang untuk merebut pelbagai hadiah menarik.”

Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Dengan pembelian minimum satu botol Minyak Bebe Anugerah, anda boleh sertai peraduan ini.

Maklumat Ringkas Tentang Peraduan Gugu Gaga BeBe Anugerah 2017

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia


Peraduan bermula dari 27 Februari 2017 – 31 Ogos 2017


Penyertaan terbahagi kepada 3 kategori :

  • Kategori A : bayi berusia 1-12 bulan
  • Kategori B : bayi berusia 13- 24 bulan
  • Kategori C : bayi berusia 25-36 bulan


Borang penyertaan boleh didapati pada botol Minyak Bebe Anugerah, para pengedar dan stokis serta laman web www.anugerahwellness.com


Borang penyertaan yang lengkap mestilah disertai dengan resit pembelian Minyak Bebe Anugerah, label Minyak Bebe Anugerah dan gambar bayi ke :


Alamat yang tertera pada borang penyertaan ATAU
Whatsapp ke 019 222 7006 ATAU
Email ke info@anugerahwellness.com ATAU
Muatnaik ke FB @Anugerahwellness

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Gugu Gaga BeBe Anugerah, sila hunbungi 019 2227006 atau layari www.anugerahwellness.com atau laman FB Anugerahwellness.

p/s Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk sertai peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang ada keperluan untuk beli atau untuk guna.

 
 
 
 
ggga.jpg
 
sy.jpg
 
 
 
Jika ada sebarang persoalan berkenaan peraduan ini, boleh tanya DISINI
 
Muat Turun borang penyertaan BORANG






0 user(s) are reading this topic

0 members, 0 guests, 0 anonymous users