KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik tidak menyangka memenangi RM3,000 tunai apabila slogan kreatifnya menambat hati juri dalam Peraduan Kecekapan Tenaga TNB-NST/HM pusingan pertama, berakhir 1 November lalu.
Mohd Asmawi Mansor, 36, yang juga pembaca setia Harian Metro berkata, kemenangan itu rezeki anak sulungnya yang ingin memulakan persekolahan darjah satu, tahun depan. “Saya menghantar dua penyertaan dan mengambil dua hari untuk memikirkan slogan menarik. Berbekalkan pengalaman sebagai juruteknik, tercetus idea menyiapkan slogan yang memerlukan pembaca memberi cara penjimatan elektrik. “Tidak diduga, slogan ‘Dengan menerapkan pendekatan 5K dalam pemilihan dan penggunaan alatan elektrik iaitu kuasa alatan rendah, kelulusan produk, keperluan kepenggunaan, kawal kadar kegunaan serta kaunseling ahli keluarga kepentingan menggunakan tenaga secara berhemah’ membolehkan saya memenangi hadiah pertama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Pusingan Pertama di sini, semalam. Turut hadir, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat TNB, Adelina Iskandar; Timbalan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Kamrul Idris Zulkifli; Pengarang Eksekutif Rencana Harian Metro, Johari Mohamad dan Pengurus Besar Tadbir Urus Korporat NSTP, Mohd Hisham Md Shazli. Selain wang tunai, bapa dua anak itu turut menerima hadiah barangan elektrik jimat tenaga iaitu sebuah televisyen 32 inci. Peraduan anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menerusi akhbar Harian Metro dan NST dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menerima kira-kira 10,000 penyertaan bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan menggunakan tenaga elektrik cara berhemah.
Tempat kedua pula dimenangi Ishak Ismail yang menerima RM2,000 serta sebuah mesin basuh dan tempat ketiga dimenangi Hazlina Harun yang membawa pulang RM1,000 serta sebuah penyaman udara selain 10 pemenang saguhati yang menerima RM500 seorang.
Toggle shoutbox Comper's Chit-Chat
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Slogan juruteknik menang RM3,000
Started by zuss, Nov 24 2010 06:18 PM
1 reply to this topic
0 user(s) are reading this topic
0 members, 0 guests, 0 anonymous users











