Toggle shoutbox Comper's Chit-Chat
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2 kali menang kereta
Started by adzfar, Mar 07 2010 01:30 AM
1 reply to this topic
#1
Posted 07 March 2010 - 01:30 AM
2 kali menang kereta
KUALA LUMPUR: “Saya macam tidak percaya boleh memenangi kereta mewah selepas mendapat Proton Gen 2 lima tahun lalu. “Umpama mimpi paling indah,” kata Rusdi Ahmad, pemenang utama peraduan Tropicana Live.Love.Life yang membawa pulang BMW 320i yang diumumkan baru-baru ini.
Rusdi, 38, berkata pada 2005 lalu, dia memenangi Proton Gen 2 menerusi satu peraduan yang pertama kali disertainya sebelum membuat keputusan mencuba nasib menerusi Tropicana Live.Love.Life. “Hadiah utama ditawarkan cukup lumayan menyebabkan saya bersemangat mahu mencuba nasib walaupun menganggap peluang memenangi BMW 320i tipis. “Saya tidak meletakkan harapan tinggi hadiah utama, mungkin hadiah lain yang ditawarkan tetapi tidak sangka rezeki saya pada kereta itu,” katanya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
Hadiah utama itu disampaikan Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Permanis Sdn Bhd, Ng Eng Cheang di ruang pameran BMW Auto Bavaria di Segambut, di sini.
Rusdi berkata, dia menyukai minuman Tropicana sejak ia berada di pasaran dan kebiasaannya menikmatinya sebotol setiap hari.
“Saya memang meminati rasa kesegaran oren 100 peratus Tropicana dan nampaknya gaya pemakanan sihat itu berbaloi selepas memenangi kereta mewah,” katanya.
Sementara itu, Ng berkata, peraduan itu bertujuan menghargai pelanggan setia jenama Tropicana dan pihaknya menganjurkan peraduan bagi mempromosikan minuman itu.
“Kami berterima kasih kepada pelanggan setia seperti Rusdi sehingga Tropicana menjadi jenama unggul dalam pasaran minuman jus sejak dilancarkan pada Mac 2008,” katanya.
An uneducated man is harmless.
A well-educated man is unbeatable.
A half-educated man is merely dangerous.
A well-educated man is unbeatable.
A half-educated man is merely dangerous.
0 user(s) are reading this topic
0 members, 0 guests, 0 anonymous users











