Hanya dapat tilam -
KUALA LUMPUR: Selepas gagal memperdaya orang ramai menerusi peraduan gores dan menang, sindiket sama mengubah taktik kepada 'tekap dan menang' tetapi menggunakan kaedah lebih agresif iaitu 'mengheret' mangsa membuat pembayaran segera di pejabat mereka.
Mangsa hanya menyedari terpedaya apabila hanya menerima tilam jed dan peralatan sauna selepas kad kredit digunakan sedangkan hadiah dijanjikan sebuah kereta.
Apabila mangsa enggan menerima barangan itu, mereka dipujuk kononnya ia boleh dijual semula kepada beberapa pembeli yang berminat, malah ejen syarikat itu berjanji membantu menjualnya untuk tempoh tertentu sebelum 'lesap'.
Setakat ini, difahamkan ramai mangsa yang 'terkena' namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana pembayaran sudah dilakukan manakala syarikat itu akan mengubah nama serta alamat apabila mendapati kegiatan mereka disedari.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hasniza, 30, berkata dia kerugian RM8,000 kerana terpedaya kononnya memenangi Toyota Altis, malah terpaksa membayar hutang kad kredit selama dua tahun.
"Pada 9 Oktober lalu, saya dihampiri seorang lelaki di luar sebuah bank di Sentul menunjukkan kad Mega Sales 2009 dan memujuk saya membukanya. Sebaik saya membukanya, dia melompat mendakwa saya memenangi sebuah Toyota Altis lalu terus masuk ke dalam kereta saya meminta dihantar ke pejabatnya di Kepong kononnya untuk menebus hadiah.
"Sebaik tiba, saya ditempatkan di sebuah bilik kecil dan diberi risalah mengenai barangan elektrik yang dijual mereka selain gambar pemenang cabutan bertuah, malah jurujual itu mendakwa saya seorang daripada 150 pelanggan berjaya memenangi hadiah utama.
"Saya yang sedar ditipu enggan menandatangani resit pembelian tetapi dipujuk barangan itu boleh dijual semula dan berjanji menolong saya menjual tilam itu secepat mungkin. Malangnya, bukan saja tiada pembeli yang berminat terhadap barangan itu, mereka memberi pelbagai alasan setiap kali saya bertanya perkara berkenaan.
Menurutnya, dia mendapati ramai yang terpedaya menerusi Internet dan dinasihatkan membuat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Toggle shoutbox Comper's Chit-Chat
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
'Hanya dapat tilam' - gores dan menang
Started by dolly, Jan 04 2010 04:33 PM
3 replies to this topic
0 user(s) are reading this topic
0 members, 0 guests, 0 anonymous users











